Rakyat boleh nilai antara pihak mahukan penyatuan, perpecahan

Mohd Rafiq
Mohd Rafiq
A
A
A

MELAKA - Keputusan UMNO Melaka menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memperlihatkan kepada rakyat antara pihak yang mahu menyatukan rakyat dan sebaliknya.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, partinya sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan parti-parti yang membentuk kerajaan campuran pusat namun sekiranya itu yang diputuskan oleh enam UMNO bahagian terpulang kepada mereka.

Menurut beliau, pihaknya akan memastikan tindakan itu juga tidak menganggu gugat fokus PN berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini kerana PN telah bersedia dari setiap sudut.

Malah katanya, keputusan Pas membuat ketetapan menggunakan logo PN menunjukkan satu tawaran baharu untuk PN memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat berbilang kaum.

"Saya fikir rakyat boleh menilai antara pihak yang cintakan perpaduan dan yang mahukan perpecahan," katanya ketika ditemui di Bachang, di sini, pada Selasa.

Mengulas lanjut beliau berkata, yakin rakyat dapat menilai pihak mana yang berusaha menyatukan masyarakat terutama dalam menghadapi pandemik Covid-19.

Ditanya mengenai pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri, beliau menjelaskan, segala keputusan itu akan diumumkan Presiden Bersatu sebelum hari penamaan calon.

Artikel Berkaitan: