X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 17 Mei 2022

Sesi persekolahan Mac 2022 jadi panduan operasi sekolah akan datang

KPM komited memastikan murid mendapat akses pendidikan dengan meneliti kesesuaian sesi persekolahan selaras dengan situasi semasa khususnya pasca pandemik Covid-19.
A
A

KUALA LUMPUR - Sesi persekolahan 2022 yang bermula pada Mac depan akan dijadikan panduan untuk perancangan pengoperasian sekolah akan datang, Dewan Rakyat diberitahu pada Selasa.

Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Mohamad Alamin berkata, berikutan itu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperhalusi kesesuaian takwim persekolahan untuk 2023 dan seterusnya.

“KPM komited untuk memastikan murid terus mendapat akses pendidikan dengan meneliti kesesuaian sesi persekolahan selaras dengan situasi semasa khususnya pasca pandemik Covid-19,” katanya bagi menjawab soalan Lim Kit Siang (PH-Iskandar Puteri).

Kit Siang meminta KPM menyatakan sama ada tempoh persekolahan pelajar sekolah rendah dan menengah untuk 2023 dan ke hadapan akan terus bermula pada bulan Mac seperti pada 2022. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!