Cadangan wujud Akta Suruhanjaya Kanak-Kanak tetapan dasar JPM

 Siti Zailah - Foto Bernama
Siti Zailah - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Cadangan mewujudkan Akta Suruhanjaya Kanak-Kanak yang khusus adalah ketetapan dasar di bawah bidang kuasa Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, ini bagi memastikan akta ini tidak bertindih dengan fungsi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang sedia ada.

“Berdasarkan maklum balas daripada BHEUU, JPM ketetapan dasar ini perlu mengambil kira keberkesanan fungsi Pesuruhjaya Kanak-Kanak yang diwujudkan untuk satu penggal serta kemampuan kewangan kerajaan pada ketika ini,” katanya.

Beliau menjawab soalan, Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) mengenai perkembangan dalam mewujudkan Akta Suruhanjaya Kanak-Kanak yang bebas dan memiliki bidang kuasa khusus bagi melindungi hak serta kebajikan kanak-kanak negara ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: