Polis Terengganu lupus dadah bernilai RM5.6 juta

Norhalid (dua dari kanan) menunjukkan sebahagian dadah yang akan diserahkan kepada Syarikat Kualiti Alam Sdn Bhd untuk dilupuskan.
Norhalid (dua dari kanan) menunjukkan sebahagian dadah yang akan diserahkan kepada Syarikat Kualiti Alam Sdn Bhd untuk dilupuskan.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu melupuskan pelbagai jenis dadah dan barangan kes bernilai kira-kira RM5.6 juta membabitkan 4,633 kertas siasatan dari tujuh daerah yang sudah diselesaikan.

Timbalan Ketua Polis negeri, Senior Asisten Komisioner Norhalid Kimi berkata, semua dadah dan barangan kes itu termasuk kes yang sudah selesai perbicaraan di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Akta Racun 1952 sejak tahun 1997 hingga tahun ini.

Beliau berkata, sebanyak 92849.56 gram dadah dan 105919.41 liter air ketum dan ubat batuk diserahkan kepada Syarikat Kualiti Alam Sdn Bhd untuk dilupuskan.

"Antara dadah yang dilupuskan adalah 7793.07 gram pil kuda; syabu (amphetamine) 2069.35 gram; heroin (8451.80 gram); ganja (52,988 07 gram); ubat batuk (3027.18 liter); daun ketum (21,122.22 gram); air ketum (102,892.23 liter); eramin 5 (386.12 gram) dan ekstasi (0.69 gram)," katanya dalam sidang akhbar pada Majlis Penyerahan Barang Kes Narkotik bagi program Pelupusan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini pada Isnin.

Norhalid berkata, nilai rampasan dadah menunjukkan peningkatan tahun ini iaitu RM5.2 juta berbanding tahun 2020 yang hanya merekodkan nilai rampasan RM2.8 juta.

"Jenis dadah yang paling tinggi dirampas ialah syabu (15,879 gram), berbanding hanya 5, 278 gram tahun lepas, diikuti pil kuda (11,799 gram) dan ketiga, heroin (4,381 gram)," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, bermula pada 1 Januari sehingga 27 Oktober lalu, seramai 1,159 individu ditangkap dalam kategori bekalan yang disiasat di bawah Seksyen 39B, 39A (2) dan 39A(1) berbanding tempoh sama sebelum ini iaitu hanya merekodkan tangkapan 882 individu dan meningkat 31.41 peratus.

"Tangkapan kategori memiliki iaitu di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 6 ADB merekodkan penurunan sebanyak 1.07 peratus tempoh sama iaitu seramai 2,031 individu berbanding 2,053 individu tahun sebelumnya.

Artikel Berkaitan:

"Tangkapan di bawah kategori (urin) juga menurun 29.27 peratus iaitu seramai 4,187 individu berbanding tempoh sama iaitu 5, 920 individu tahun lepas," katanya.

Katanya, penurunan ini berlaku kerana penumpuan diberikan kepada pertuduhan penagih tegar di bawah Seksyen 39C yang mana sehingga hari ini, seramai 396 individu telah dituduh di bawah Seksyen tersebut berbanding hanya 356 orang tahun lepas.

"Penumpuan diberikan kepada penagih tegar bagi memastikan mereka tidak mempengaruhi penagih baharu atau remaja di kawasan mereka," katanya.