X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 26 Jun 2022

Indonesia kurangkan tempoh kuarantin untuk pelawat asing

Tempoh kuarantin wajib bagi pengembara antarabangsa, rakyat Indonesia dan warga asing dikurangkan kepada tiga hari berbanding lima hari sebelum ini.
A
A

JAKARTA - Kerajaan Indonesia memutuskan untuk mengurangkan tempoh kuarantin wajib bagi pengembara antarabangsa, rakyat Indonesia dan warga asing, kepada tiga hari berbanding lima hari sebelum ini, kata Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi, Airlangga Hartarto pada Selasa.

"Peraturan ini terpakai kepada pengembara antarabangsa yang memenuhi syarat, termasuk lengkap divaksin dan negatif ujian saringan Covid-19 berdasarkan keputusan ujian PCR (ujian Tindak Balas Berantai Polimerase) sebelum berlepas, selepas ketibaan di Indonesia, dan pada hari terakhir kuarantin," kata Hartarto dalam satu kenyataan akhbar, lapor Xinhua.

Sementara itu, pengembara domestik yang lengkap vaksin dikehendaki menunjukkan keputusan negatif ujian swab antigen atau ujian PCR bagi mereka yang hanya menerima satu dos vaksin Covid-19.

Hartarto berkata, pandemik Covid-19 di Indonesia adalah terkawal kerana jumlah kes terus menunjukkan trend penurunan.

Sementara itu, Indonesia turut mencadangkan penubuhan laluan perjalanan vaksinasi (VTL) dengan Australia, kata Menteri Pelancongan, Sandiaga Uno pada taklimat media pada Isnin.

Setakat ini, pelawat dari 19 negara, termasuk China, Perancis, New Zealand dan Emiriah Arab Bersatu, dibenarkan melancong ke Bali.

Indonesia kini dalam fasa memulihkan ekonominya sambil menjangka kemungkinan gelombang ketiga pandemik yang dijangka berlaku ketika musim cuti Krismas dan Tahun Baru. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!