Tuanku Muhriz berkenan terima zakat perniagaan RM1.86 juta TNB

Tuanku Muhriz (tengah) berkenan menerima pembayaran zakat perniagaan daripada TNB yang disampaikan oleh Hasan (kanan) berjumlah RM1.86 juta di Istana Hinggap hari ini. Foto Bernama
Tuanku Muhriz (tengah) berkenan menerima pembayaran zakat perniagaan daripada TNB yang disampaikan oleh Hasan (kanan) berjumlah RM1.86 juta di Istana Hinggap hari ini. Foto Bernama
A
A
A

SEREMBAN - Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan menerima pembayaran zakat perniagaan daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) berjumlah RM1.86 juta.

Tuanku Muhriz menerima zakat itu bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

MAINS dalam kenyataan memaklumkan, zakat perniagaan bagi tahun kewangan berakhir 2020 itu diserahkan Pengerusi TNB, Datuk Seri Hasan Arifin dalam majlis di Istana Hinggap, di sini pada Selasa.

Hadir sama, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun; Pengerusi MAINS, Datuk Dr Abdul Aziz Sheikh Abdul Kadir; Mufti negeri, Datuk Mohd Yusof Ahmad; Setiausaha MAINS, Ahmad Husaini Mustafa dan Pengarah Jabatan Zakat MAINS, Datuk Nor Azmi Musa. - Bernama

Artikel Berkaitan: