Lebih 300 tong LPG dirampas

Basaruddin (kanan) melihat sebahagian tong LPG yang dirampas dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Teruntum 12, petang semalam.
Basaruddin (kanan) melihat sebahagian tong LPG yang dirampas dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Teruntum 12, petang semalam.
A
A
A

MERU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor merampas lebih 300 tong berisi gas petroleum cecair (LPG) termasuk dua lori 3 tan bernilai kira-kira RM150,00 di sebuah premis di Jalan Teruntum 12, di sini, semalam.

Serbuan dilakukan 15 anggota dan pegawai daripada KPDNHEP Selangor diketuai Norazman Nordin bermula kira-kira jam 2 petang.

Timbalan Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Selangor, Basaruddin Mohiyuddin berkata, serbuan dilakukan di premis terbabit hasil risikan sejak lebih dua minggu lalu.

Sebahagian tong LPG yang dirampas dalam serbuan di sebuah premis, petang semalam.
Sebahagian tong LPG yang dirampas dalam serbuan di sebuah premis, petang semalam.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati, premis terbabit menjalankan aktiviti pemindahan (decanting) gas domestik ke gas industri sebelum dijual kepada pihak industri dengan harga tanpa subsidi untuk mendapatkan pulangan lebih lumayan.

“Dalam serbuan ini, KPDNHEP berjaya merampas lebih 300 tong LPG pelbagai saiz selain dua lori tiga tan yang digunakan untuk mengangkut gas berkenaan.

“Turut dirampas alat penimbang, hos getah penyambung, salur paip dan penutup keselamatan silinder LPG yang digunakan dalam aktiviti berkenaan,” katanya pada sidang media hari ini.

Sebahagian tong LPG yang dirampas dalam serbuan di sebuah premis, petang semalam.
Sebahagian tong LPG yang dirampas dalam serbuan di sebuah premis, petang semalam.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, aktiviti penyelewengan barang kawalan LPG bersubsidi di premis berkenaan dipercayai dijalankan kira-kira enam bulan lalu.

“Pemeriksaan mendapati, mereka menggunakan air panas untuk mempercepatkan lagi proses pemindahan gas dan kita percaya ini teknik baharu kerana sebelum ini kegiatan seperti ini menggunakan ais untuk proses ‘decanting’.

“Seorang lelaki tempatan dan warga asing berusia lingkungan 30-an yang juga pekerja premis itu ditahan untuk membantu siasatan kes di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.