X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 21 Mei 2022

'Syed Saddiq tidak matang, hanya bermain persepsi'

Mohamed Sukri
A
A

SHAH ALAM - Pemuda Pas Selangor menyelar ucapan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Dewan Rakyat baru-baru ini yang dianggap tidak matang dan hanya bermain persepsi.

Ketuanya, Mohamed Sukri Omar berkata, tindakan Syed Saddiq yang cuba mengaitkan ketidakhadiran Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ke Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2021 (COP26) di Glasgow, Scotland sememangnya sudah menjadi cara berpolitik Pakatan Harapan (PH) sejak kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lagi.

Beliau berkata, Syed Saddiq perlu bersifat matang dan tidak menjadikan Dewan Rakyat sebagai tempat untuk bermain persepsi bagi meraih politik murahan.

"Rakyat juga sudah jemu dengan trend menjengkelkan dan tidak matang ini yang ternyata hanya bermain persepsi sahaja," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Mengulas lanjut, Mohamed Sukri berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini juga telah menjelaskan mengenai penglibatan negara dalam COP26 menerusi Majlis Tindakan Perubahan Iklim Malaysia (MyCAC).

Kata beliau, MyCAC telah membuat keputusan bersama semua menteri besar dan ketua menteri bagi memberi mandat kepada delegasi negara untuk menyampaikan kenyataan dalam persidangan itu nanti.

"Jadi tak timbul sebarang isu sekiranya beliau (Syed Saddiq) mengikuti perkembangan gerak kerja kerajaan," katanya.

Selain Syed Saddiq dan Timbalan Setiausaha Agung DAP, Teresa Kok pada Ahad turut mempertikaikan ketidakhadiran Tuan Ibrahim ke persidangan itu yang diikuti rakan sejawatnya dari beberapa negara lain.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!