Air keruh seperti kopi O

Penduduk terpaksa menggunakan air keruh untuk mengambil wuduk ketika tinjauan Sinar Harian di Masjid Felda Chini Timur 3 di sini, hari ini.
Penduduk terpaksa menggunakan air keruh untuk mengambil wuduk ketika tinjauan Sinar Harian di Masjid Felda Chini Timur 3 di sini, hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Penduduk Gugusan Felda Chini kini terpaksa menggunakan air keruh seperti kopi O disebabkan loji merawat air dari sungai Mentiga yang disalurkan kepada penduduk tidak dapat beroperasi akibat paras air semakin susut selain kualiti air juga terjejas.

Tinjauan Sinar Harian bertemu penduduk mendapati mereka juga tidak terlepas berdepan masalah gangguan bekalan air meruncing sejak seminggu lalu dipercayai paras air sungai tersebut menurun akibat cuaca panas.

Penduduk Felda Chini 3, Mohammad Iqbal Majid, 28, berkata, masalah gangguan bekalan air sering berlaku ketika musim panas yang menyebabkan paras sumber air iaitu di sungai Mentiga semakin susut.

Mohammad Iqbal terpaksa membasuh pinggan mangkuk menggunakan air yang keruh disebabkan loji merawat air dari sungai Mentiga yang disalurkan kepada penduduk tidak dapat beroperasi akibat paras air semakin susut selain kualiti air juga terjejas.
Mohammad Iqbal terpaksa membasuh pinggan mangkuk menggunakan air yang keruh disebabkan loji merawat air dari sungai Mentiga yang disalurkan kepada penduduk tidak dapat beroperasi akibat paras air semakin susut selain kualiti air juga terjejas.

Menurutnya, penduduk di sini terpaksa menerima catuan air yang kebiasannya akan disalurkan hanya ada pada jam 10 malam sehingga 8 pagi.

“Sudah hampir seminggu masalah ini berlaku pada tahun ini, memang ada air keluar daripada paip tetapi tekanannya amat rendah...dan kadang-kadang air sampai keruh seperti kopi O pun ada hingga saya takut untuk digunakan untuk minum atau masakan.

“Kita berharap masalah ini dapat diselesaikan segera kerana kami penduduk di sini amat memerlukan air untuk kegunaan harian seperti mandi dan memasak” katanya ketika ditemui di rumahnya di Felda Chini 3 di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Hadali Hashim, 65 yang menetap di Felda Chini 3, berkata tekanan air rendah dan ada kalanya keruh sememangnya tidak sesuai digunakan untuk diminum atau masakan.

Artikel Berkaitan:

Hadali Hashim
Hadali Hashim

Menurutnya, keadaan tersebut menyebabkan penduduk terpaksa membeli air minuman dan mineral untuk kegunaan seharian.

"Ada juga penduduk terpaksa ke Kuantan yang terletak kira-kira 90 kilometer (km) untuk membasuh pakaian di dobi layan diri.

"Macam kami di kawasan rendah masih ada air jika waktu malam walaupun keruh namun mereka yang duduk di kawasan bukit hampir dua bulan dah mereka tiada air dan kemungkinan mereka menggunakan air perigi," katanya.

Sementara itu, Ketua Peneroka Felda Chini Timur 3, Zahid Sidek, 56 berkata walaupun sudah seminggu penduduk di gugusan ini tiada air, namun pihak berkuasa hanya mula menghantar bekalan air bersih tiga hari lalu.

Zahid Sidek
Zahid Sidek

Menurutnya, dirinya berharap agar agensi yang terlibat dapat menghantar lori tangki air dengan lebih banyak kerana lori yang sedia ada memang tidak mencukupi untuk penduduk.

"Memang pihak berkuasa ada hantar air di tempat yang telah ditetapkan di samping mereka turut menghantar di sekolah-sekolah, surau serta masjid untuk kemudahan orang berwuduk.

"Namun tidak mencukupi untuk penduduk dan menjadi masalah buat mereka yang hendak buat kenduri kahwin dan peniaga. Saya harap mereka (pihak berkuasa) dapat menambah bilangan lori tangki air di kawasan Felda Chini, dalam memberi bekalan air bersih kepada penduduk di sini," katanya.