Philip Morris Malaysia terima pengiktirafan Equal-Salary

Dari kiri ke kanan: Chinmay Sharma, Pengarah Sumber dan Budaya, Amba Chan, Pengarah Kewangan, Veronica Choo, Ketua Komunikasi Korporat dan Kang Tae Koo, Pengarah Urusan, Philip Morris (Malaysia) Sdn Bhd mempamerkan sijil Equal-Salary bagi Philip Morris (Malaysia) Sdn Bhd yang diterima daripada sebuah badan bebas beribu pejabat di Switzerland, Yayasan Equal-Salary.
Dari kiri ke kanan: Chinmay Sharma, Pengarah Sumber dan Budaya, Amba Chan, Pengarah Kewangan, Veronica Choo, Ketua Komunikasi Korporat dan Kang Tae Koo, Pengarah Urusan, Philip Morris (Malaysia) Sdn Bhd mempamerkan sijil Equal-Salary bagi Philip Morris (Malaysia) Sdn Bhd yang diterima daripada sebuah badan bebas beribu pejabat di Switzerland, Yayasan Equal-Salary.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Philip Morris Malaysia (PMM) Sdn Bhd merupakan anak syarikat, Philip Morris International (PMI) menerima pengiktirafan Equal-Salary daripada badan bebas antarabangsa, Yayasan Equal-Salary kerana memberikan gaji yang setara antara pekerja lelaki dan wanita.

Pengarah Urusan PMM, Kang Tae Koo berkata, selaras dengan usaha Philip Morris International dalam melaksanakan transformasi untuk menjadi peneraju teknologi bebas asap rokok dalam abad ke-21, syarikat tersebut memahami kepentingan persekitaran kerja yang terangkum dan pelbagai untuk menjana inovasi dan kekal berjaya.

Jelasnya, PMI bersama anak syarikatnya di seluruh dunia, memberi seluruh tumpuan kepada aspek transformasi dan komited untuk menangani jurang antara jantina di tempat kerja dan memberi penekanan kepada peranan yang dimainkan sebagai pemboleh daya dalam usaha mencapai visi tersebut.

“Kejayaan kami sebagai sebuah syarikat bergantung kepada kepelbagaian dan bakat tenaga kerjanya di mana setiap individu berpeluang untuk belajar dan berkembang dalam kerjaya mereka. Ini bermakna kita harus menyediakan imbuhan yang adil dan saksama antara jantina untuk kerja yang sama, sesuatu yang selaras dengan nilai dan prinsip kami di PMM.

“Bagi kakitangan kami, pengiktirafan PMM sebagai sebuah syarikat Equal-Salary yang pertama di Malaysia menjadikan kami sebagai majikan pilihan yang sentiasa komited dalam memperjuangkan kesaksamaan dan memupuk suasana tenaga kerja yang inklusif dan dinamik,” katanya menerusi satu kenyataan.

Jelas beliau, menurut laporan Laporan Jantina Global Forum Ekonomi Dunia 2018, jurang pendapatan antara jantina berada pada tahap 23 peratus di Malaysia.

Oleh yang demikian, pengiktirafan Equal-Salary mengesahkan PMM membayar pekerja lelaki dan perempuan dengan sama untuk kerja yang setara dan proses ini membolehkan PMM untuk menumpukan lebih perhatian kepada isu yang lebih luas berkenaan kesaksamaan jantina.

Metodologi yang digunakan oleh Equal-Salary untuk menentukan kesaksamaan gaji ialah menerusi perbandingan kuantitatif berdasarkan data gaji, audit kualitatif yang mengkaji komitmen pihak pengurusan terhadap prinsip kesamarataan gaji, persepsi kakitangan mengenai komitmen syarikat, dasar dan amalan pengurusan sumber manusia .

Artikel Berkaitan:

Pengiktirafan itu juga boleh membantu untuk mengenal pasti ruang penambahbaikan dan menyokong usaha

untuk menyelesaikan cabaran yang meluas untuk menutup jurang bakat antara jantina. Ini termasuk memperkenalkan pengaturan kerja fleksibel dan menangani berat sebelah jantina sepanjang kerjaya.

Dalam pada itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Equal-Salary, Véronique Goy Veenhuys berkata, PMM boleh berbangga dengan pengiktirafan tersebut, kerana mereka kini adalah syarikat pertama di Malaysia yang telah lulus tatacara kajian dan aturan metodologi ketat yang telah ditetapkan oleh Yayasan Yayasan Equal-Salary.

"Walaupun pada hari ini, kami masih tidak boleh memastikan gaji yang sama rata untuk kerja yang setara, komitmen syarikat seperti PMM adalah satu langkah yang amat dialu-alukan dalam perjalanan mencapai kesamarataan gaji pada tahap global, dan menyumbang kepada usaha untuk menyelesaikan isu yang lebih besar, iaitu untuk menutup jurang gaji antara jantina," ujar beliau.

Jelas beliau, Malaysia telah meraih pelbagai kejayaan penting yang menyumbang ke arah keseimbangan jantina terutamanya dalam bidang pendidikan dan kesihatan, namun laporan Global Gender Gap 2018 menunjukkan bahawa Malaysia masih menduduki tempat 101 antara 149 negara dan menekankan bahawa jurang jantina dalam penyertaan tenaga kerja dan kesetaraan gaji masih wujud di negara ini.

"Sebagai syarikat pertama yang menerima pengiktirafan ini, PMM adalah peneraju untuk organisasi lain – sama ada ianya syarikat tempatan atau antarabangsa untuk memastikan bahawa kerja setara bermakna gaji setara," jelasnya.