Inter perlu waspada di Tiraspol

Pemain Sheriff, Sébastien Thill ketika melakukan percubaan semasa perlawanan menentang Inter di San Siro.
Pemain Sheriff, Sébastien Thill ketika melakukan percubaan semasa perlawanan menentang Inter di San Siro.
A
A
A

Pengendali skuad Moldova, Roberto Bordin mengingatkan para pemain Inter Milan supaya tidak memandang mudah keupayaan Sheriff Tiraspol apabila kedua-duanya berentap dalam perlawanan kumpulan D saingan Liga Juara-Juara di Bolshaya Sportivnaya Arena, awal pagi Rabu.

Malah bekas tonggak Napoli itu menegaskan bahawa kejayaan gergasi Seria A tersebut menewaskan Sheriff Tiraspol pada pusingan pertama sebelum ini tidak boleh dijadikan penanda aras kekuatan lawan.

"Para pemain Sheriff semakin bersemangat apatah lagi ini merupakan julung-julung kali kelab tersebut berada pada prestasi terbaik di pentas kejuaraan kelab tertinggi Eropah.

"Status sebagai pendahulu kumpulan merupakan suntikan semangat kepada kekuatan kelab kerdil di pentas Eropah ini, apatah lagi pada pusingan pertama berjaya mengejutkan gergasi Eropah.

"Mereka tidak kerugian apa-apa pada fasa ini. Mereka adalah pasukan yang mempunyai jurulatih yang sangat baik dan tahu menunggu detik yang sesuai untuk menyerang. Inter mesti berhati-hati kerana apa-apa boleh berlaku, ia adalah perlawanan yang sukar. Sheriff telah membuat lonjakan hebat dalam kualiti," kata Bordin

Sheriff sebelum ini memulakan kempen pusingan pertama kejuaraan berprestij kelab Eropah ini mengalahkan Shakhtar Donetsk 2-0, Real Madrid 2-1 di Bernabeu, sebelum tunduk kepada Inter Milan 1-3 di San Siro.

Saingan kumpulan D, menyaksikan Sheriff Tiraspol mengungguli kumpulan dengan enam mata diikuti Real Madrid kedua, Inter Milan keempat dan Shakhtar Donetsk kelima selepas mengharungi tiga perlawanan.

Artikel Berkaitan: