Bunuh Zulfarhan: Enam penuntut UPNM terlepas hukuman gantung

Seramai enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) terlepas hukuman gantung sampai mati apabila didapati bersalah di Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, atas tuduhan menyebabkan kecederaan tanpa niat membunuh terhadap Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain. Foto Bernama
Seramai enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) terlepas hukuman gantung sampai mati apabila didapati bersalah di Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, atas tuduhan menyebabkan kecederaan tanpa niat membunuh terhadap Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR – Seramai enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) terlepas hukuman gantung sampai mati apabila didapati bersalah di Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, atas tuduhan menyebabkan kecederaan tanpa niat membunuh terhadap Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Enam tertuduh berusia 25 tahun itu ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

Mereka yang sebelum ini didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung mandatori, disabitkan dengan kesalahan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Bukan itu sahaja, mereka didapati bersalah bersama 12 tertuduh lain, iaitu sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Zulfarhan untuk mendapatkan pengakuan berhubung kes kecurian komputer riba.

12 tertuduh itu ialah Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri Agus, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany dan Mohamad Syazwan Musa.

Kesemua 18 tertuduh didakwa mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda.

Artikel Berkaitan: