'Moga ada pembelaan sewajarnya buat Zulfarhan'

Zulkarnain Idris bersama isteri, Hawa Osman hadir bagi mendengar keputusan berhubung kes kematian anak mereka Zulfarhan Osman di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini, hari ini. - Foto Bernama
Zulkarnain Idris bersama isteri, Hawa Osman hadir bagi mendengar keputusan berhubung kes kematian anak mereka Zulfarhan Osman di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini, hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR- “Moga Allah SWT makbulkan permintaan kami supaya Farhan Osman (Zulfarhan) mendapat pembelaan yang sewajarnya."

Itu reaksi sebak ibu kepada arwah Zulfarhan, Hawa Osman ketika ditemui di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, pagi ini.

Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur menjadi tumpuan untuk mengetahui nasib 18 penuntut yang didakwa membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah dijangka membacakan keputusan di akhir kes pembelaan pada 10 pagi ini.

Ia sekaligus akan menjawab segala pertanyaan seluruh rakyat Malaysia sama ada 18 penuntut berkenaan didapati bersalah atas pertuduhan itu atau dibebaskan.

Mereka ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri yang berdepan pertuduhan membunuh Zulfarhan, manakala Abdoul Hakeem Mohd Ali atas dakwaan bersubahat membunuh.

Enam tertuduh ini bersama 12 lagi iaitu Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif, Muhammad Adib Iman dan Mohamad Syazwan, juga diperintah membela diri atas pertuduhan mencederakan Zulfarhan.

Artikel Berkaitan: