Covid-19: 63 lagi kematian direkodkan

Jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu meningkat kepada 28,975 kes. - Foto Bernama
Jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu meningkat kepada 28,975 kes. - Foto Bernama
A
A
A

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sejumlah 63 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kepada 28,975 kes.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sejumlah 18 daripada 63 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses yang mengambil masa bagi mengesahkan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut.

Sementara itu, terdapat 67,233 kes aktif Covid-19 di seluruh negara yang mana 51,835 individu atau 77.1 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 9,082 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 5,747 kes dirawat di hospital dan 569 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 268 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 301 lagi memerlukan mesin ventilator. - Awani

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!