Mira rapat dengan Remy? Ini jawapan Zizan Razak

A
A

KEMESRAAN dan keserasian gandingan Mira Filzah dan Remy Ishak di dalam dua drama terbitan dua stesen TV berbeza membuatkan ramai peminat beranggapan kedua-dua pelakon itu mempunyai hubungan istimewa.

Ini sekali gus membuatkan hubungan Mira dan Zizan Razak mula berubah.

Namun bagi pelawak, pelakon, penyanyi dan pengacara ini, dia tidak melihat keakraban Mira dan Remy sebagai satu masalah dan mengakui hubungan mereka masih sama seperti dahulu.

"Saya tak mahu komen mengenai hubungan mereka atau sejauh mana hubungan mereka. Itu kena tanya mereka sendiri.

"Tapi hubungan saya dengan Mira masih sama, saya masih berkawan baik kerana kami berada di dalam industri yang sama," katanya ketika ditemui pada majlis sidang media telefilem terbitan Astro First Eksklusif, Saya Jual Ye Bang, di GSC Signature Gardens, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Dalam pada itu, menerusi temu bual berasingan, Zizan memaklumkan, dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan untuk berkahwin tahun ini.

Malah tegasnya sehingga kini, dia belum mempunyai teman istimewa sebaliknya hanya lebih senang berkawan sahaja dengan mana-mana wanita.

Bagaimanapun ujar anak jati Kuala Terengganu ini, ikutkan hatinya, dia mahu berkahwin secepat mungkin dan tidak kisah jika bakal isterinya itu adalah seorang selebriti juga.

“Kalau boleh hari ini juga saya nak kahwin, tetapi soal jodoh ini semua kerja ALLAH. Saya tidak kisah sekiranya dipertemukan jodoh dengan artis sebab saya tidak boleh menolak kalau itu takdir daripada ALLAH.

“Cuma, apa yang penting bakal isteri saya perlu mendapat restu terlebih dahulu daripada ibu saya.

"Bertudung atau tidak itu bukan keutamaan, yang penting pada hati, kejujuran, amanah dan pendirian dia.

“Bertudung itu luaran sahaja. Bagaimanapun, ia tetap satu benda yang penting dalam ajaran agama kita untuk wanita menutup aurat,” jelasnya yang mengutamakan restu ibunya.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia