Mangsa banjir di Kedah kembali meningkat malam ini

Mangsa banjir di Kedah kembali meningkat malam ini apabila sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Kota Setar iaitu di SK Suka Menanti yang menempatkan seramai 16 orang daripada enam keluarga. --Foto Bernama
Mangsa banjir di Kedah kembali meningkat malam ini apabila sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Kota Setar iaitu di SK Suka Menanti yang menempatkan seramai 16 orang daripada enam keluarga. --Foto Bernama
A
A
A

ALOR SETAR - Mangsa banjir di Kedah kembali meningkat malam ini apabila sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Kota Setar iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Suka Menanti yang menempatkan seramai 16 orang daripada enam keluarga.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusof berkata, sehubungan itu, jumlah keseluruhan mangsa banjir meningkat kepada 337 orang setakat 8 malam ini berbanding 292 orang petang tadi.

"Mangsa banjir di daerah Pendang yang ditempatkan di Dewan Rakan Sukan, Tanah Merah juga meningkat kepada 222 orang pada malam ini berbanding 207 orang petang tadi.

"Malah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS sedia ada yang masih dibuka di SK Langgar bagi daerah Kota Setar juga bertambah kepada 77 orang pada malam ini berbanding 63 orang pada petang tadi," katanya dalam satu kenyataan malam Isnin.

Bagaimanapun, Mohd Muaz berkata, jumlah mangsa banjir yang berada di PPS Surau Permatang di daerah Pokok Sena masih kekal tidak berubah iaitu seramai 22 orang daripada lapan keluarga.- Bernama

Artikel Berkaitan: