X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 21 Mei 2022

Banjir di Kedah semakin pulih

Anggota APM Pendang melakukan pemantauan paras air di Sungai Mati Tobiar, Pendang pada Selasa lalu. - Foto ihsan APM
A
A

ALOR SETAR - Banjir di Kedah semakin pulih apabila tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Baling yang menempatkan seramai 279 mangsa daripada 90 keluarga ditutup sepenuhnya pada jam 2 petang pada Ahad.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusof berkata, jumlah mangsa banjir setakat jam 4 petang ini telah berkurangan kepada 292 orang berbanding 546 orang pada sebelah pagi tadi.

"Namun, mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Dewan Rakan Sukan, Tanah Merah daerah Pendang meningkat kepada 207 orang pada petang ini berbanding 199 orang pada sebelah pagi selain mangsa banjir di daerah Kota Setar juga meningkat kepada 63 orang berbanding 46 orang pagi tadi," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mohd Muaz berkata, PPS sedia ada yang masih beroperasi di daerah Kota Setar itu adalah di Sekolah Kebangsaan Langgar.

Beliau memberitahu, mangsa banjir di daerah Pokok Sena yang ditempatkan di PPS Surau Permatang kekal tidak berubah sejak pagi tadi iaitu seramai 22 orang daripada lapan keluarga. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!