Mohamaddin nafi letak jawatan sebagai ADUN

Mohamaddin Ketapi
Mohamaddin Ketapi
A
A
A

KOTA KINABALU - Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi menafikan meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama selepas tular tular di media sosial mengenai perkara itu.

Mohamaddin turut menafikan beliau tidak pernah menandatangani sebarang surat bertarikh 30 Oktober seperti dalam surat berkenaan.

"Saya tidak ada hantar surat peletakan jawatan sebagai ADUN bertarikh 30 Oktober 2021.

"Tarikh 30 haribulan itu hanya pengumuman saya meletakkan jawatan. Saya nafikan sekeras-kerasnya, saya tiada tandatangan surat bertarikh 30 hari bulan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Mohamaddin juga memberitahu, menyedari surat itu ditularkan di media sosial namun tidak mengendahkannya.

"Saya sudah tahu sejak ditularkan tetapi saya tidak peduli kerana saya tiada tandatangan," tegasnya lagi.

Sebelum itu, tular surat bertajuk peletakan jawatan serta merta beliau sebagai ADUN di negeri Sabah.

Surat yang kononnya ditandatangan Mohamaddin menyatakan bahawa selaras dengan ikrar kesetiaannya kepada Parti Warisan Sabah (Warisan), beliau menyerahkan dan memaklumkan peletakan jawatan sebagai ADUN dengan serta merta.

Artikel Berkaitan:

Surat itu turut menyatakan bahawa Mohamaddin tidak layak menjadi calon untuk ADUN selama lima tahun bermula dari tarikh surat berkenaan.

Mohamaddin pada Sabtu lalu mengumumkan keluar daripada Warisan dan menjadi Ahli Parlimen serta ADUN Bebas yang menyokong kerajaan ketika ini.

Beliau merupakan ADUN ketiga daripada Warisan yang keluar daripada parti selepas ADUN Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir pada Februari dan ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob pada awal Oktober lalu.