Faiz dakwa berlaku pemecatan pimpinan parti dalam GLC

Muhammad Faiz
Muhammad Faiz
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dr Muhammad Faiz Na’aman mendakwa beberapa wakil pemimpin parti dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dipecat oleh menteri daripada UMNO.

Beliau turut mempersoalkan motif tindakan berkenaan seolah-olah UMNO cuba mengisytiharkan 'perang' dari dalam kerajaan persekutuan.

“Saya difahamkan bukan sahaja wakil-wakil Bersatu dalam SKM (Suruhanjaya Koperasi Malaysia), Tekun (Tekun Nasional) dan Yayasan Bank Rakyat dipecat oleh menteri UMNO, malah dalam Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) pun oleh abang kepada Perdana Menteri sendiri.

“Pembersihan sedang meluas. Adakah UMNO cuba mengisytiharkan perang dari dalam kerajaan persekutuan?” tulisnya menerusi ciapan di Twitter beliau pada Isnin.

Artikel Berkaitan: