Air pasang besar: Empat lokasi di Pontian dipantau

Kawasan tepi laut di bandar Pontian antara lokasi yang dipantau susulan fenomena air pasang besar dijangka berlaku Khamis ini. (Gambar kecil: Azhar)
Kawasan tepi laut di bandar Pontian antara lokasi yang dipantau susulan fenomena air pasang besar dijangka berlaku Khamis ini. (Gambar kecil: Azhar)
A
A
A

PONTIAN - Anggota bomba dan penyelamat di daerah ini mula meningkatkan rondaan dan pemantauan di kawasan pantai bagi menghadapi fenomena air pasang besar dijangka pada Khamis ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Pontian, Penolong Penguasa Bomba Azhar Abd Jalil berkata, rondaan dan pemantauan itu dilakukan bermula Isnin terutama ketika air pasang dan surut.

Beliau memberitahu, empat kawasan iaitu Kampung Nelayan Benut, Kampung Parit Lanchang, Pontian Besar dan pesisiran pantai di bandar Pontian merupakan kawasan utama rondaan.

"Seramai 94 anggota bomba dari BBP Pontian, Pontian Baru dan Pekan Nanas diletakkan dalam keadaan bersiap siaga dan berwaspada menghadapi fenomena air pasang besar.

"Penduduk juga akan dipindahkan jika hujan fenomena air pasang berisiko menyebabkan banjir," katanya ketika ditemui pada Isnin.

Azhar turut mengingatkan supaya tidak berada di tepi pantai untuk melihat keadaan ombak ketika fenomena air pasang besar

kerana boleh mengancam keselamatan.

"Bandar Pontian yang berdekatan dengan laut sering menjadi pilihan pengunjung terutama dari Johor Bahru untuk beriadah di taman awam dan kawasan rekreasi tepi laut," katanya.

Artikel Berkaitan: