Jurujual maut kereta terbabas langgar besi penghadang

Kereta dipandu mangsa terbabas ke kiri jalan dan melanggar besi penghadang jalan.
Kereta dipandu mangsa terbabas ke kiri jalan dan melanggar besi penghadang jalan.
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang jurujual maut selepas kereta yang dipandunya terbabas dalam kejadian di Lebuhraya Utara Selatan dari arah Jalan Duta menghala ke Sungai Buloh awal pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 2.43 pagi ketika kereta Proton Saga 1.3 yang dipandu mangsa terbabas ke kiri jalan dan melanggar besi penghadang jalan.

"Kereta mangsa terbalik mengakibatkan dia cedera parah," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, mangsa berusia berumur 25 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Polis memohon kerjasama orang ramai yang melihat atau berada di tempat kejadian tampil membantu siasatan atau menghubungi Inspektor Rina Murniza Ibrahim di talian 013-9738580.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: