Syed Saddiq saran kerajaan naik gaji minimum kepada RM1,500

Syed Saddiq
Syed Saddiq
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan dicadang supaya menaikkan gaji minimum kepada sekurang-kurangnya RM1,500 mengikut sektor.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas-Muar) berkata, bagi pekerja kolar putih, gaji minimum pula seharusnya sekitar RM2,500 mengikut unjuran yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahun 2019.

“Gaji yang bermaruah adalah permulaan untuk kita membela rakyat golongan M40 dan B40 khususnya apabila jurang kekayaan ini bukan berfaktorkan soal agama dan bangsa tetapi realitinya adalah isu berasaskan kelas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Bajet) 2022 di Dewan Rakyat di sini pada Isnin.

Syed Saddiq berkata, Pakatan Harapan (PH) ketika menjadi kerajaan berjaya menaikkan gaji minima daripada RM900 kepada RM1,200 dalam tempoh kurang dua tahun.

“Ini tidak cukup. Sepatutnya dinaikkan minimum kepada RM1,500 dan selepas itu secara berperingkat.

“Persoalannya kini, kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan sekarang kerajaan Keluarga Malaysia telah berkuasa melebihi dua tahun. Tetapi kita masih belum lihat unjuran gaji minimum untuk mempertahankan dan membela golongan berpendapatan rendah serta memberi isyarat yang agak jelas,” ujar beliau.

Artikel Berkaitan: