Manchester City tekad bangkit di Derbi Manchester

Reaksi pemain Manchester City, Kyle Walker (kiri), John Stones (dua, kiri), Rodrigo (dua, kanan) dan Dias (kanan) selepas tuan rumah ketinggalan dua gol kepada Crystal Palace dalam perlawanan liga di Etihad. - Foto AFP
Reaksi pemain Manchester City, Kyle Walker (kiri), John Stones (dua, kiri), Rodrigo (dua, kanan) dan Dias (kanan) selepas tuan rumah ketinggalan dua gol kepada Crystal Palace dalam perlawanan liga di Etihad. - Foto AFP
A
A
A

TONGGAK The Citizens, Ruben Dias melaungkan amaran bahawa Manchester City akan kembali bangkit menebus kekalahan di laman sendiri kepada Crystal Palace dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di pentas Derbi Manchester pada Sabtu ini.

Malah menurut Dias, penyandang juara itu optimis perlawanan di Stadium Old Trafford itu akan menjadi tumpuan utama skuad kendalian Pep Guardiola tersebut selepas dikejutkan kekalahan kepada The Eagles sebelum ini.

“Semua perlawanan pada saingan Liga Perdana Inggeris merupakan aksi yang sengit dan mencabar baik di laman sendiri mahupun lawan, malah kami tahu kekuatan dan kekurangan pasukan yang akan ditentang.

“Cuma dalam perlawanan menentang Crystal Palace di laman sendiri, kami tidak berada pada tahap prestasi terbaik.

“Biarpun begitu, setiap pemain telah memberikan aksi terbaik masing-masing, namun masih belum mencukupi untuk meraih kemenangan,” kata pemain pertahanan itu.

Rekod penampilan ke-200 liga sebagai pengendali The Citizens, Pep Guardiola musnah apabila buat pertama kali Wilfried Zaha berjaya merobek gawang tuan rumah dalam perlawanan EPL di Stadium Etihad pada musim ini.

Jelas Dias, semua pemain memberi sepenuh komitmen apabila menguasai perlawanan itu, namun kesilapan menyebabkan tuan rumah terpaksa akur berputih mata.

“Pada pengakhirannya, sama ada pasukan ini mempunyai ruang untuk mencipta peluang atau sebaliknya, jaringan gol akan menjadi penentu kepada perlawanan ini.

Artikel Berkaitan:

“Pasukan kurang mencipta peluang menjaringkan gol dan bukannya melepaskan bola kepada lawan. Malah pemain-pemain tetap berusaha mencari jaringan, namun kad merah menyukarkan sedikit peluang pada babak kedua.

“Biarpun begitu semangat dipamerkan dalam kalangan pemain adalah tinggi pada perlawanan ini merupakan petanda positif menjelang perlawanan menentang Manchester United selepas ini,” katanya.