X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 17 Januari 2022

Sindiket edar dadah guna kargo KLIA tumpas

Razarudin (tiga dari kiri) dan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed (dua dari kiri) ketika sidang akhbar di Pejabat Pengurusan Pentadbiran Lapangan Terbang (AMC), Sepang pada Isnin. FOTO: MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A

SEPANG - Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah dengan merampas sejumlah 200 kilogram syabu bernilai RM8.1 juta di bahagian kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 22 hingga 26 Oktober lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain berkata, operasi dijalankan JSJN Selangor dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) KLIA.

Beliau berkata, pihak berkuasa sebelum itu memeriksa lima kotak barangan yang diisytiharkan sebagai peralatan elektronik menggunakan perkhidmatan kargo syarikat penerbangan dari KLIA ke Auckland, New Zealand.

"Hasil pemeriksaan menemui 200 kilogram syabu bernilai RM8.1 juta sebelum pihak berkuasa memberkas empat lelaki tempatan berumur 34 hingga 59 tahun yang dipercayai terlibat dengan sindiket berkenaan," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Pengurusan Pentadbiran Lapangan Terbang (AMC) di sini pada Isnin.

Beliau bagaimanapun berkata, semakan rekod mendapati keempat-empat suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

"Siasatan awal mendapati dua suspek ditahan merupakan kakitangan syarikat penerbangan kargo. Saringan awal dijalankan mendapati seorang suspek positif dadah jenis ganja," katanya.

Menurutnya, sindiket berkenaan dipercayai mula bergiat aktif sejak pertengahan tahun ini.

"Siasatan mendapati sudah terdapat empat kali penghantaran ke luar negara menggunakan modus operandi sama.

"Setakat ini kita berjaya mengumpulkan maklumat lanjut. Dalang di sebalik sindiket ini juga sudah berjaya dikesan," ujarnya.

Tambah beliau, tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan harta)1988.

"Pelbagai aset disita dianggarkan bernilai RM234,955.76. Antaranya ialah sebuah kenderaan jenis Ford Ranger bernilai RM180,000 selain wang tunai RM3,560, jam tangan bernilai RM2,000 dan tiga akaun bank berjumlah RM49,395.76.

"Nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan berjumlah RM8,334,955.76," katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen B Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Keempat-empat suspek yang diberkas direman pada hari ini (Isnin) hingga 5 November ini bagi membantu siasatan. Polis akan terus mengesan saki baki ahli sindiket terlibat untuk diseret ke muka pengadilan," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!