Rompak penjual aiskrim, pemuda dijel tiga tahun

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA PILAH - Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin selepas mengaku bersalah merompak penjual aiskrim September tahun lepas.

Hakim, Norma Ismail menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Muhammad Taufiq Muhmad Nor, 26, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama-sama seorang lagi yang masih bebas telah melakukan rompak berkumpulan sebuah beg pinggang yang mengandungi telefon bimbit dan wang tunai milik seorang penjual ais krim berusia 77 tahun.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Air Kuning Kampung Ulu, Air Kuning Selatan, Tampin pada 2 September tahun lalu pada jam 6.50 petang.

Tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga disebat.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel Berkaitan: