Program Vaksin Selangor diteruskan, elak penduduk tercicir

 Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor akan terus melaksanakan Program Vaksin Selangor (Selvax) bagi memastikan tiada penduduk di negeri ini tercicir daripada menerima suntikan vaksin Covid-19.

Exco Kesihatan Awam, Perpaduan serta Pembangunan Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, pelaksanaan itu akan diteruskan di klinik dan panel Selcare.

"Program ini terbuka kepada warganegara dan bukan warganegara berusia 12 tahun ke atas yang masih belum menerima janji temu vaksinasi dos pertama serta penerima SelVax yang terlepas janji temu dos kedua," katanya dalam kenyataan di Facebook pada Isnin.

Menerusi info grafik yang dikongsi Siti Mariah di Facebook menunjukkan sebanyak 10 klinik dan panel Selcare disediakan kerajaan negeri bermula Isnin.

Semua klinik dan panel Selcare itu akan menyediakan perkhidmatan suntikan vaksin Covid-19 bermula dari jam 9.30 pagi hingga jam 5.30 petang.

Artikel Berkaitan: