12 cedera, dua kereta api berlanggar di UK

Kakitangan perkhidmatan kecemasan melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian dua kereta api berlanggar berhampiran Salisbury, Britain pada Ahad. - Foto Henry Nicholls/Reuters
Kakitangan perkhidmatan kecemasan melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian dua kereta api berlanggar berhampiran Salisbury, Britain pada Ahad. - Foto Henry Nicholls/Reuters
A
A
A

GLASGOW - Sekurang-kurangnya 12 orang cedera selepas dua kereta api berlanggar di Salisbury, England pada Ahad.

"Beberapa orang cedera, namun syukur tiada mangsa yang meninggal dunia," tulis Polis Pengangkutan British di Twitter lapor Agensi Anadolu.

Kejadian berlaku selepas sebuah kereta api yang dalam perjalanan dari Pelabuhan Portsmouth ke Bristol Temple Meads tergelincir sebelum dirempuh sebuah lagi kereta api yang menuju ke Honiton dari stesen London Waterloo, menurut kenyataan Network Rail.

Sementara itu, Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Dorset dan Wiltshire menyatakan seramai 50 anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian. - Bernama

Artikel Berkaitan: