46,550 banduan disahkan positif Covid-19, 103 meninggal dunia

Gambar hiasan. - Foto 123rf
Gambar hiasan. - Foto 123rf
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 46,550 banduan di penjara seluruh Malaysia disahkan positif Covid-19 sejak 29 Ogos 2020 hingga 12 Oktober tahun ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Jonathan Yasin berkata, daripada jumlah itu, seramai 599 orang banduan atau 1.3 peratus dikategorikan di bawah kes masih aktif dan seramai 45,848 orang atau 98.5 peratus telah sembuh.

Menurut beliau, rekod menunjukkan seramai 103 orang banduan atau 0.2 peratus meninggal dunia bagi tempoh tersebut. namun jumlah semasa yang disahkan positif pada 13 Oktober lalu menurun kepada 60 orang.

"Sehingga kini, seramai 187,822 banduan telah menjalani saringan Covid-19," katanya dalam sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Gobind Singh Deo (PH-Puchong) berhubung jumlah kes Covid-19 dalam penjara Malaysia.

Sementara itu, ditanya mengenai status program vaksin di penjara Malaysia, Jonathan berkata, sehingga 8 Oktober lalu, seramai 60,012 orang banduan telah menerima vaksin dos 1, dos 2 dan dos tunggal.

Katanya, daripada jumlah tersebut seramai 31,691 orang telah menerima dos 1, 11,140 orang telah lengkap dos 2 dan jumlah banduan yang menerima dos tunggal adalah seramai 17,181 orang.

"Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Penjara Malaysia telah mengambil langkah proaktif bagi melaksanakan Program Pemberian Vaksinasi Covid-19 kepada banduan.

Artikel Berkaitan:

"Ini terbukti apabila Program Pemberian Vaksinasi telah pun dilaksanakan secara berperingkat bermula beberapa bulan yang lepas sehingga berjaya mencapai jumlah yang tinggi dalam tempoh beberapa bulan sahaja," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!