22,361,734 populasi dewasa lengkap divaksin

Sejumlah 16,244 dos penggalak vaksin Covid-19 diberikan pada Ahad menjadikan jumlah kumulatif kini 307,653 dos. - Foto fail Bernama
Sejumlah 16,244 dos penggalak vaksin Covid-19 diberikan pada Ahad menjadikan jumlah kumulatif kini 307,653 dos. - Foto fail Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kadar populasi dewasa di negara ini yang lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 meningkat kepada 22,361,734 individu setakat jam 11.59 malam Ahad, berbanding 22,348,481 pada Sabtu.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman CovidNow, sejumlah 22,872,309 atau 97.7 peratus individu pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Selain itu, sebanyak 63,489 dos vaksin harian diberikan pada Ahad melibatkan golongan dewasa dan remaja, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 50,076,170 dos.

Bagi golongan kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, setakat Ahad 2,091,464 individu atau 66.4 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin manakala 83 peratus atau 2,612,742 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK Remaja yang bermula sejak 8 September.

Dalam pada itu, sejumlah 16,244 dos penggalak vaksin Covid-19 diberikan pada Ahad menjadikan jumlah kumulatif kini 307,653 dos. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!