Lelaki bersenjatakan pisau mengamuk, 15 penumpang kereta api cedera

Penumpang melarikan diri melalui tingkap tren kereta api selepas lelaki bersenjatakan pisau mengamuk dan menyimbah asid hidroklorik di dalam gerabak kereta api berkenaan. - Foto Reuters
Penumpang melarikan diri melalui tingkap tren kereta api selepas lelaki bersenjatakan pisau mengamuk dan menyimbah asid hidroklorik di dalam gerabak kereta api berkenaan. - Foto Reuters
A
A
A

TOKYO - Seramai 15 penumpang kereta api Keio Line cedera selepas seorang lelaki bersenjatakan pisau mengamuk, lapor Agensi Berita Xinhua memetik Kyodo News.

Kejadian berlaku pada malam Ahad, seorang daripada mangsa dilaporkan mengalami kecederaan serius.

Lelaki berusia lingkungan 20-an itu berjaya ditahan.

Suspek juga dilaporkan telah menyimbah asid hidroklorik di dalam gerabak kereta api berkenaan dan polis sedang menjalankan siasatan lanjut. - Bernama

Artikel Berkaitan: