Parti LDP, Komeito diramal kuasai kerusi Dewan Rakyat

Pakatan Parti Demokratik Liberal (LDP) dan Parti Komeito diramal menguasai majoriti kerusi dewan rakyat dalam pilihan raya umum pada Ahad. - Foto Bernama
Pakatan Parti Demokratik Liberal (LDP) dan Parti Komeito diramal menguasai majoriti kerusi dewan rakyat dalam pilihan raya umum pada Ahad. - Foto Bernama
A
A
A

TOKYO - Pakatan Parti Demokratik Liberal (LDP) dan Parti Komeito diramal menguasai majoriti kerusi dewan rakyat dalam pilihan raya umum pada Ahad, lapor Agensi Berita Xinhua memetik tinjauan oleh NHK.

Pusat mengundi di seluruh negara ditutup pada 8 malam waktu tempatan dan pengiraan undi dijangka berlangsung sehingga lewat malam.

Tinjauan itu mendapati parti pemerintah LDP dan sekutunya Komeito diramal mengekalkan majoriti, sekurang-kurangnya 233 kerusi Dewan Rakyat yang keseluruhan sebanyak 465 kerusi.

Keputusan rasmi bergantung dengan keputusan di kawasan yang menyaksikan calon parti gabungan berdepan saingan sengit daripada pembangkang, yang juga membentuk pakatan dalam usaha untuk merampas tampuk pemerintahan.

Daripada jumlah kerusi Dewan Rakyat, 289 kerusi membabitkan daerah yang hanya diwakili seorang ahli dewan dan calon terpaksa bersaing sengit untuk mendapatkan undi.

Sebanyak 176 lagi kerusi akan ditentukan menerusi pecahan perwakilan yang memperuntukkan kerusi berdasarkan undian ke atas parti di 11 blok wilayah. - Bernama

Artikel Berkaitan: