MEDAC bantu nelayan dapatkan pembiayaan

Noh
Noh
A
A
A

KUALA SELANGOR - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) sedia bekerjasama dengan nelayan yang ingin menjadi usahawan mendapatkan bantuan pembiayaan di bawah agensinya, Tekun Nasional (Tekun).

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, golongan itu akan dibantu bagi mendapatkan pembiayaan untuk mengembangkan perniagaan masing-masing.

Menurutnya, meskipun ada antara mereka mendapat geran bantuan daripada agensi kerajaan, namun jumlah diperlukan mungkin tidak mencukupi.

"LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia) boleh bekerjasama dengan Tekun untuk membantu nelayan membuat pinjaman sehingga RM30,000," katanya.

Noh (empat dari kiri) melancarkan gimik perasmian pada Majlis Sambutan Road To Jubli Emas 50 Tahun LKIM dan Mafi Prihatin Nelayan Peringkat LKIM Negeri Selangor pada Ahad.
Noh (empat dari kiri) melancarkan gimik perasmian pada Majlis Sambutan Road To Jubli Emas 50 Tahun LKIM dan Mafi Prihatin Nelayan Peringkat LKIM Negeri Selangor pada Ahad.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Road To Jubli Emas 50 Tahun LKIM dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Prihatin Nelayan Peringkat LKIM Negeri Selangor di sini pada Ahad.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata, bantuan pembiayaan itu ditawarkan kepada nelayan bagi mengembangkan aktiviti perniagaan membabitkan hasil laut dan mereka yang ingin menceburi sektor pelancongan.

"Antara produk yang boleh dijual seperti hasil laut, ikan kering dan pelbagai aktiviti lain yang boleh menambah sumber pendapatan nelayan," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, katanya, golongan itu juga diharap dapat mengubah kehidupan menggunakan bot menangkap ikan dengan menghias bot tersebut untuk aktiviti pelancongan terutama pada hujung minggu.

"Kompleks LKIM Kuala Selangor ini berpotensi untuk dikembangkan sebagai pusat pelancongan yang mampu menarik kedatangan pelancong.

"Kita ingin mewujudkan pusat pelancongan bagi aktiviti nelayan iaitu orang ramai boleh menyaksikan sendiri bot berhias, kehidupan nelayan dan beberapa pertunjukan lain termasuk operasi menyelamat di sungai yang dilakukan pihak berkuasa," katanya.