Dasar kerajaan berterusan untuk Malaysia kekal berdaya tahan

Nik Amlizan
Nik Amlizan
A
A
A

SHAH ALAM- Dasar kerajaan yang berterusan menyokong rakyat dan perniagaan, termasuk bantuan kewangan dan bantuan fiskal adalah perlu untuk Malaysia kekal berdaya tahan dalam jangka panjang terutamanya dalam mengambil kira keperluan pesara.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), Nik Amlizan Mohamed berkata, dana persaraan semestinya mengalu-alukan usaha kerajaan untuk mengutamakan rakyat.

“Kami sungguh terharu dengan Bajet 2022 kerajaan.

Sebagai sebuah negara, kita mesti bangkit melawan arus dan menyokong Keluarga Malaysia.

“Adalah jelas disebabkan kesan pandemik, kita perlu melaksanakan penyelesaian yang bermakna bagi menyokong pemulihan ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sebagai pelabur utama dalam korporat Malaysia, KWAP mendapat inspirasi daripada fakta bahawa kriteria alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat (ESG) menjadi tumpuan utama untuk memastikan syarikat melangkah bagi mencapai amalan terbaik dalam bidang ini.

“Bagi tujuan ini, dalam bidang ESG dan menggalakkan keterangkuman, sememangnya patut dipuji bahawa semua syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia dikehendaki melantik sekurang-kurangnya seorang wanita dalam lembaga pengarah mereka,” tambahnya.

Artikel Berkaitan: