Tottenham perlu tampil lebih bermaruah

Penyerang Manchester United, Marcus Rashford melakukan percubaan ke arah gawang Tottenham Hotspur yang dikawal Lloris semasa perlawanan liga di Stadium Tottenham Hotspur, London. FOTO: AFP
Penyerang Manchester United, Marcus Rashford melakukan percubaan ke arah gawang Tottenham Hotspur yang dikawal Lloris semasa perlawanan liga di Stadium Tottenham Hotspur, London. FOTO: AFP
A
A
A

PENJAGA gol, Tottenham Hotspur, Hugo Lloris perlu mempamerkan permainan lebih bermaruah selepas dibelasah Manchester United, 3-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Tottenham Hotspur.

Kekalahan kepada The Red Devils itu merupakan kekalahan kelima selepas mengharungi 10 perlawanan saingan musim ini menyaksikan tonggak Perancis dan pemain The Spurs lain di sorak penyokong-penyokong selepas aksi berintensiti tinggi mempertaruhkan kewibawaan pengendali Ole Gunnar Solskjaer dan Nuno Espirito Santo.

Pada perlawanan itu kelab London tersebut gagal melakukan percubaan tepat sekali gus menjadikan Nuno pengendali Tottenham pertama tewas separuh dari 10 perlawanan pertama liga sejak era Christian Gross yang dipecat pada 1998 selepas setahun berada di White Hart Lane ketika itu.

Ini merupakan kekalahan ketiga terbesar 0-3 Tottenham musim ini selepas dijinakkan Arsenal 3-1 dalam derbi utara London dan 0-3 Chelsea sebelum ini.

“Kami mengharapkan sesuatu yang lebih dari perlawanan ini, malah kami mengharapkan lebih kepercayaan dalam permainan yang bermaruah.Ini bukan kali pertama Tottenham beraksi pada tahap terburuk di gelanggang sendiri. Kami mengharapkan lebih ketika berdepan Chelsea.

“Kami perlu mengkaji semula beberapa perkara mengenai pasukan ini kerana semuanya berada pada tahap kurang baik ketika ini. Kita terlalu mudah bolos, selain tidak menjaringkan lebih banyak gol, juga mencipta peluang menjaringkan gol

“Kami baru mengharungi 10 perlawanan, namun terus berdepan prestasi turun naik dalam setiap perlawanan. Malah dalam perlawanan tertentu kami melalui begitu banyak kepayahan yang menjejaskan keyakinan para pemain,” kata penjaga gol sensasi Perancis tersebut.

Sementara itu, Nuno tanpa berselindung menjelaskan bahawa prestasi kelab London tersebut berada pada tahap mengecewakan.

Artikel Berkaitan:

“Persembahan yang buruk, tiada perkataan yang dapat diungkap kerana kami tidak beraksi pada tahap terbaik masing-masing, selain Manchester United lebih baik daripada kami.

“Hantaran terakhir tidak pernah sampai, penyudah tidak pernah tepat. Persembahan terburuk,” ujarnya.

Aksi di London itu, tiga jaringan setiap babak daripada Cristiano Ronaldo minit ke-39, Edinson Cavani (64') dan pemain gantian Marcus Rashford (86') memastikan pelawat membawa pulang tiga mata dari London.