MoF lancar Portal Manfaat #Bajet2022 salur maklumat tepat

Kementerian Kewangan (MoF) melancarkan Portal Manfaat #Bajet2022 bagi memudahkan rakyat mengetahui manfaat yang disediakan dalam Bajet 2022. - Foto FB MoF
Kementerian Kewangan (MoF) melancarkan Portal Manfaat #Bajet2022 bagi memudahkan rakyat mengetahui manfaat yang disediakan dalam Bajet 2022. - Foto FB MoF
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan (MoF) telah melancarkan Portal Manfaat #Bajet2022 bagi memudahkan rakyat mengetahui manfaat yang disediakan dalam Bajet 2022.

Perkara berkenaan diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam muat naik terbaharunya di laman sosial Facebook.

“Seperti #Belanjawan2021, MoF juga telah menyediakan Portal Manfaat #Bajet2022 yang kini telah dilancarkan bagi memastikan #KeluargaMalaysia terus mendapat maklumat tepat mengenai #Bajet2022,” katanya.

Manfaat #Bajet2022 boleh dilayari di https://budget.mof.gov.my/manfaat/. -Bernama

Artikel Berkaitan: