Pemergian Masing kehilangan besar kepada Sarawak, negara: PM

Ismail Sabri
Ismail Sabri
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan pemergian mendiang, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr James Jemut Masing satu kehilangan besar kepada Sarawak dan negara.

Beliau berkata, ini kerana mendiang merupakan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat, berpandangan jauh dan berwibawa.

“Jasa dan pengorbanan mendiang pasti akan dikenang sampai bila-bila,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Ismail Sabri berkata, beliau mewakili kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.

"Semoga diberikan kekuatan serta kesabaran menghadapi saat duka ini,” ujarnya.

Masing dilaporkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Normah Sarawak (NSMC) di Petra Jaya, Kuching kira-kira jam 7.05 pagi pada usia 72 tahun.

Masing meninggalkan seorang isteri, Puan Sri Corrine Masing dan lima orang anak.

Sebelum ini, Masing yang juga Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Umum Sarawak (HUS) pada September lepas kerana disahkan positif Covid-19 sebelum dipindahkan ke NSMC untuk rawatan susulan.

Artikel Berkaitan: