X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 20 Mei 2022

Putin gesa pengiktirafan bersama vaksin Covid-19 dalam G20

Vladimir Putin
A
A

MOSCOW - Presiden Rusia, Vladimir Putin pada Sabtu mencadangkan supaya negara Kumpulan 20 (G20) untuk menyelesaikan secepat mungkin masalah pengiktirafan bersama vaksin Covid-19 dan sijil vaksinasi.

Tidak semua negara mendapat akses kepada vaksin dan sumber penting lain disebabkan oleh persaingan tidak adil, perlindungan dan kekurangan pengiktirafan bersama terhadap vaksin, lapor Agensi Berita Xinhua.

Putin berkata demikian menerusi rakaman video pada sesi pertama Sidang Kemuncak Pemimpin G20 ke-16.

Beliau juga menyeru anggota G20 untuk membangunkan mekanisme kemas kini vaksin yang sistematik dan memandangkan virus Covid-19 terus bermutasi.

Selain itu, Putin turut menekankan mengenai kepentingan meningkatkan kerjasama antarabangsa dalam penjagaan kesihatan dan peranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, langkah-langkah yang menyalahi hak prerogatifnya adalah tidak boleh diterima. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!