PGA rampas 30 karton rokok seludup

Suspek ditahan bersama rokok seludup di Jalan Sungai Suluh, Minyak Beku, Batu Pahat pada Sabtu.
Suspek ditahan bersama rokok seludup di Jalan Sungai Suluh, Minyak Beku, Batu Pahat pada Sabtu.
A
A
A

BATU PAHAT - Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya melumpuhkan kegiatan pengedaran rokok seludup bernilai di sekitar daerah ini dianggarkan bernilai RM45,298 susulan penahanan seorang lelaki di Jalan Sungai Suluh, Minyak Beku di sini pada Sabtu.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintendan Dimin Awang berkata, suspek ditahan ketika sedang mengedar rokok tidak bercukai itu pada jam 1.10 petang.

Menurutnya, pihaknya juga merampas 30 karton bersamaan 6,000 batang rokok bersama sebuah kereta jenis Toyota dengan nilai rampasan termasuk kereta berjumlah RM45,298.

"Hasil siasatan awal, suspek dipercayai membekalkan rokok tidak bercukai di kedai-kedai runcit sekitar Batu Pahat

"Suspek dan barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Daerah ( IPD) Batu Pahat untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Katanya, orang awam digesa untuk menyalurkan maklumat kepada polis bagi mengekang lambakan barangan kontraban.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967.

Artikel Berkaitan: