Timbalan Ketua Menteri Sarawak meninggal dunia

Masing menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.05 pagi di Normah Sarawak Medical Centre, Kuching akibat komplikasi selepas disahkan positif Covid-19.
Masing menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.05 pagi di Normah Sarawak Medical Centre, Kuching akibat komplikasi selepas disahkan positif Covid-19.
A
A
A
KUCHING - [DIKEMAS KINI] Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr James Jemut Masing meninggal dunia di Pusat Perubatan Normah Sarawak (NSMC) di Petra Jaya di sini, kira-kira jam 7.05 pagi pada usia 72 tahun.

Berita kematian tersebut disahkan oleh Setiausaha Agung Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Janang Bungsu ketika dihubungi Bernama pada Ahad.

Masing meninggalkan seorang isteri, Puan Sri Corrine Masing dan lima orang anak.

Sebelum ini, Masing yang juga Presiden PRS telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Umum Sarawak (HUS) pada September lepas kerana disahkan positif Covid-19 sebelum dipindahkan ke NSMC untuk rawatan susulan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh sejak 1983 itu memulakan kerjaya politik secara aktif dengan menyertai Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) yang sudah terbubar sekarang sebelum bersama-sama beberapa pemimpin lain untuk menubuhkan PRS pada 2004.
Artikel Berkaitan:


Beliau menyertai kabinet negeri sebagai Menteri Pelancongan pada 1996 dan seterusnya memegang tiga portfolio lain selepas berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Baleh selama lapan penggal berturut-turut, sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri II Sarawak pada 23 Januari 2017. - Bernama