Chelsea lebarkan kedudukan, Liverpool terikat, City tewas, United menang

James tampil cemerlang ketika membantu Chelsea mengatasi Newcastle United di St James' Park.- Foto Chelsea FC
James tampil cemerlang ketika membantu Chelsea mengatasi Newcastle United di St James' Park.- Foto Chelsea FC
A
A
A

PENDAHULU Chelsea melebarkan kedudukan teratas saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kelebihan tiga mata apabila mengatasi Newcastle United 3-0 di Stadium St James' Park.

Dua jaringan Reece James pada minit ke- 65' dan 77' diikuti jaringan sepakan penalti Jorginho minit ke-81' memperkukuhkan kedudukan skuad kendalian Thomas Tuchel di saingan liga.

Sementara itu, Liverpool dikemudikan Jurgen Klopp pula gagal mempertahankan kelebihan dua gol awal apabila terpaksa akur kebangkitan Brighton apabila diikat 2-2 di Anfield.

Jordan Henderson dan Sadio Mane meletakkan The Reds di depan pada minit keempat dan minit ke-24 sebelum The Seagulls menyamakan kedudukan menerusi Enock Mwepu (41') dan Leandro Trossard (81').

Penyandang juara, Manchester City pimpinan Pep Guardiola pula yang beraksi dengan 10 pemain penghujung babak pertama selepas Aymeric Laporte dilayangkan kad merah dikejutkan kekalahan 0-2 kepada Crystal Palace di Stadium Etihad.

Wilfried Zaha meledak jaringan pertama The Eagles pada minit keenam sebelum

gol babak kedua Connor Gallagher menoktahkan kekalahan pertama Manchester City di laman sendiri musim ini.

Sementara itu, pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solskjær mengakhiri kemarau kemenangan The Red Devils apabila anak buahnya melakar kemenangan 3-0 ke atas Tottenham Hotspur semasa berkunjung ke London.

Artikel Berkaitan:

Aksi di Stadium Tottenham Hotspur itu, tiga jaringan setiap babak daripada Cristiano Ronaldo minit ke-39, Edinson Cavani (64') dan pemain gantian

Marcus Rashford (86') memadam memori kekalahan 0-5 kepada Liverpool baru-baru ini.