Covid-19: 44 lagi kematian direkod

KKM melaporkan sejumlah 44 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.
KKM melaporkan sejumlah 44 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sejumlah 44 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 28,876 kes, iaitu 1.17 peratus daripada 2,461,351 kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal CovidNow, sejumlah empat daripada 44 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses yang mengambil masa bagi mengesahkan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut.

Sementara itu, terdapat 69,153 kes aktif Covid-19 di seluruh negara yang mana 53,990 individu atau 78.1 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 9,162 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 5,431 kes dirawat di hospital dan 570 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 277 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 293 lagi memerlukan mesin ventilator. - Awani

Artikel Berkaitan: