Gergasi Merah berpesta gol

Ahmad Danial (kanan) berjaya menyumbang dua gol ketika menentang Kuching City FC di Stadium MBPJ sebentar tadi. - Foto Selangor FC
Ahmad Danial (kanan) berjaya menyumbang dua gol ketika menentang Kuching City FC di Stadium MBPJ sebentar tadi. - Foto Selangor FC
A
A
A

SELANGOR FC berjaya mengutip tiga mata penting selepas membelasah Kuching City FC 5-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebentar tadi.

The Red Giants membuka tirai jaringan seawal minit pertama menerusi pemain import, Hein Htet Aung selepas penjaga gol Kuching City FC, Mohd Iqbal Mohd Suhimi gagal menampan kemas rembatan Ahmad Danial Ahmad Asri.

Kuching City FC berjaya menyamakan kedudukan selepas dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil perlawanan yang disempurnakan oleh Michael Chukwubunna Ijezie pada minit ke-10.

Bersambung babak kedua, Ahmad Danial berjaya meletakkan skuad Gergasi Merah di hadapan pada minit ke-60, sekali lagi berpunca daripada kesilapan Mohd Iqbal yang gagal menampan kemas bola lintang Jordan Ayimbila.

Selangor FC terus menambah derita buat anak-anak buah Irfan Bakti menerusi jaringan Muhammad Safuwan Bahrudin pada minit ke-66 sebelum Ahmad Danial sekali lagi merobek gawang lawan pada minit ke-80.

Pemain gantian, Shahrel Fikri Fauzi melengkapkan malam gemilang Selangor FC dengan gol kelima pada minit-minit terakhir perlawanan.

Artikel Berkaitan: