Boleh perbaharui LKM di Puspakom Sabah, Sarawak mulai 1 November

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Urusan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan boleh dilakukan di 14 pusat pemeriksaan kenderaan berkomputer (Puspakom) di Sabah dan Sarawak bermula 1 November ini, kata Kementerian Pengangkutan (MOT).

MOT dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, urusan pembaharuan itu melibatkan kenderaan motokar dan motosikal persendirian kecuali kenderaan e-hailing dan kenderaan decontrolled, iaitu kenderaan barangan dengan berat 7,500 kilogram (kg) ke bawah.

“Inisiatif ini diharap dapat meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan kerajaan dan memudahkan rakyat mendapat akses perkhidmatan secara lebih meluas, bersifat mesra pelanggan serta menjimatkan kos, masa dan tenaga," kata MOT.

Orang ramai boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Puspakom 03-51017000, e-mel ke customerservice@puspakom.com.my, mesej peribadi di Facebook rasmi Puspakom Sdn Bhd atau Live Chat melalui laman sesawang Puspakom www.puspakom.com.my untuk maklumat mengenai perkhidmatan. -Bernama

Artikel Berkaitan: