Jalan raya, kereta tenggelam banjir kilat

Keadaan laluan dinaiki air di Pokok Sena selepas hujan lebat pada Sabtu. - Foto Ihsan pembaca
Keadaan laluan dinaiki air di Pokok Sena selepas hujan lebat pada Sabtu. - Foto Ihsan pembaca
A
A
A

ALOR SETAR - Jalan raya di hadapan lapang sasar menembak Pokok Sena, di sini tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan berikutan dinaiki air selepas hujan lebat selama beberapa jam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Setar merangkap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kota Setar, Kapten (PA) Mohd Zain Bahrum berkata, hasil pemantauan selama 30 minit bermula jam 7.18 malam mendapati air mulai naik ke kawasan persekitaran rumah ketika hujan lebat melanda.

Beliau berkata, beberapa buah rumah sekitar Kampung Jabi, Pokok Sena didapati ditenggelami air bagaimanapun bukan pada tahap bahaya.

"Penduduk yang rumahnya ditenggelami air berpindah ke rumah saudara mara yang berdekatan dan tiada pembukaan pusat pemindahan rasmi buat masa ini.

"Buat masa ini, hujan telah mulai reda dan air semakin surut," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Mohd Zain memberitahu, pemantauan akan dilakukan semula sekiranya hujan turun pada sebelah malam ini.

Tambah beliau, pusat pemindahan sementara (PPS) akan dibuka sekiranya air belum surut dan mengikut keadaan cuaca dan hujan.

Artikel Berkaitan: