PRN Melaka: Usaha elak pertembungan parti Melayu

Mahdzir berucap merasmikan Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Hari Potensi Tabika Kemas Peringkat Kebangsaan Kali Ke-16, Hotel Raia, di sini, pada Sabtu.
Mahdzir berucap merasmikan Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Hari Potensi Tabika Kemas Peringkat Kebangsaan Kali Ke-16, Hotel Raia, di sini, pada Sabtu.
A
A
A

ALOR SETAR - Usaha mengelakkan pertembungan antara parti Melayu UMNO, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sedang diusahakan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menegaskan pihaknya akan berusaha untuk memastikan tiada pertembungan dan rundingan berkaitan perkara tersebut sedang dibuat.

"Ada dua benda saya nak cakap, yang pertama sekiranya boleh diusahakan tidak ada pertembungan dan ia sedang diusahakan.

"Kedua, adakan rundingan dan perkara ini yang sedang dibuat," katanya ketika diminta mengulas keputusan bersama Pas tetapi tidak bersama Bersatu menjelang PRN Melaka.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Hari Potensi Tabika Kemas Peringkat Kebangsaan Kali Ke-16, Hotel Raia, di sini, pada Sabtu.

Mahdzir yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah beberapa kali menegaskan bahawa parti itu tidak akan bekerjasama dengan Bersatu pada PRN Melaka.

Malah, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memutuskan UMNO akan meneruskan persefahaman dengan Pas pada PRN Melaka tanpa langsung menyebut mengenai kedudukan Bersatu.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, pada Sabtu, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin menganggap keputusan UMNO untuk bekerjasama dengan Pas dalam PRN Melaka adalah keputusan tersurat parti itu bukannya daripada Pas.

Ketika diminta mengulas sama ada beliau optimis perkara itu boleh berlaku, Mahdzir sekali lagi mengulangi pendiriannya enggan mengulas lanjut dan perkara itu sedang diusahakan.

"Rundingan itu masih berjalan. Tak bolehlah beritahu banyak sangat, cukuplah apa yang saya katakan tadi," katanya.