Kumpulan ketiga Malbatt 850-8 selamat tiba di tanah air

Kumpulan ketiga Malbatt 850-8 selamat tiba ke tanah air pada Jumaat. - Foto Facebook MyJointForce
Kumpulan ketiga Malbatt 850-8 selamat tiba ke tanah air pada Jumaat. - Foto Facebook MyJointForce
A
A
A

SHAH ALAM - Kumpulan ketiga Malbatt 850-8 selamat mendarat di Pangkalan Udara Subang pada Jumaat selepas setahun berkhidmat dalam misi United Interim Force in Lebanon (Unifil).

Markas Angkatan Bersama (MKAB) dalam satu kenyataan menerusi Facebook rasmi angkatan itu memaklumkan, majlis sambutan kepulangan ketiga Malbatt 850-8 disempurnakan oleh Ketua Staf MKAB, Mejar Jeneral Datuk Ahmad Tajudin Abdul Ghani.

"Beliau mewakili Panglima Angkatan Tentera mengucapkan 'selamat kembali ke tanah air' serta tahniah kepada seluruh anggota MALBATT 850-8 kumpulan ketiga kerana berjaya melaksanakan tugas di Lubnan dalam tempoh jangka masa 12 bulan dengan efektif, efisien dan selamat.

"Beliau turut memuji kerjasama teguh di antara pasukan pemerhati kontinjen dari negara-negara lain termasuk angkatan tentera Lubnan dan juga rakyat setempat," menurut kenyataan tersebut pada Jumaat

Kumpulan ketiga Malbatt 850-8 selamat tiba ke tanah air pada Jumaat. - Foto Facebook MyJointForce
Kumpulan ketiga Malbatt 850-8 selamat tiba ke tanah air pada Jumaat. - Foto Facebook MyJointForce

MKAB berkata, kepulangan tersebut diketuai oleh Mejar Shahbani Sam melibatkan seramai 194 anggota termasuk sembilan pegawai dan 185 anggota dari Malaysia serta dua pegawai bersama 13 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

"Semua pegawai dan anggota Malbatt 850-8 yang tiba di Malaysia menjalani saringan pemeriksaan kesihatan Covid-19 dan kuarantin wajib di Perkampungan Malbatt," katanya.

Artikel Berkaitan: