Kerajaan Perak akan bantu bina surau untuk orang asli

Sinar Harian sebelum ini menyiarkan hasrat Orang Asli Sungai Gapes, Sahom di sini untuk mendapatkan surau bagi solat jemaah dan mendalami ajaran Islam berikutan ketiadaan surau di kawasan itu sejak 25 tahun lalu.

A
A
A

LENGGONG - Kerajaan Perak akan membantu merealisasikan impian masyarakat Islam orang asli Kampung Gapes, Sahom, Kampar bagi membina sebuah surau di kawasan tersebut.

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, pihaknya menerima maklum balas daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dan pegawai mubaligh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) di kampung tersebut.

Menurutnya, difahamkan juga sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah membuat kutipan untuk membangunkan surau di tanah yang diwakafkan namun jumlah berkenaan tidak mencukupi.

"Saya telah menghubungi pengarah Jakoa semalam dan beliau sudah menerima maklumat daripada mubaligh yang bertugas di situ.

"Memang ada keperluan untuk membina surau kerana masyarakat Islam di situ menumpang rumah individu di situ sebagai pusat dakwah dan solat berjemaah.

"InsyaALLAH kita akan membina sebuah surau untuk masyarakat Islam orang asli di Kampung Gapes, Sahom, Kampar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Khidmat Bakti Masyarakat Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Perak di Dewan Merdeka Lenggong, di sini pada Sabtu.

Ditanya sama ada kerajaan negeri terlepas pandang mengenai keadaan masyarakat Islam di situ, Saarani menafikan perkara berkenaan.

Menurutnya, sebelum ini jemaah yang ada sangat sedikit dan kini menjadi satu keperluan mewujudkan rumah ibadat selepas masyarakat Islam berkembang.

Artikel Berkaitan: