Penunggang motosikal maut bertembung kereta

Keadaan motosikal ditunggang mangsa remuk selepas bertembung dengan sebuah kereta. Foto: ihsan PDRM
Keadaan motosikal ditunggang mangsa remuk selepas bertembung dengan sebuah kereta. Foto: ihsan PDRM
A
A
A

HULU TERENGGANU - Seorang penunggang motosikal maut selepas bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 2, Jalan Gaung - Kuala Ping - Teris Kampung Telaga di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, kemalangan pada jam 8.45 malam itu dipercayai berlaku apabila pemandu kereta Honda City dari arah Kuala Ping menghala ke Jalan Gaung gagal mengelak motosikal ditunggang mangsa yang dikatakan masuk ke laluannya secara mengejut.

"Akibat pertembungan itu, mangsa berusia 28 tahun yang beralamat dari Kampung Langgar di sini parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Pemandu kereta berusia 30 tahun yang juga peniaga beralamat dari Cheras, Selangor tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Katanya, mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: