Enjin bot Jabatan Laut Malaysia terbakar

Enjin sebuah bot Jabatan Laut Malaysia terbakar di Jeti Jabatan Laut Malaysia, Wilayah Tengah, Jalan Limbungan Pelabuhan Klang di sini pada Sabtu.
Enjin sebuah bot Jabatan Laut Malaysia terbakar di Jeti Jabatan Laut Malaysia, Wilayah Tengah, Jalan Limbungan Pelabuhan Klang di sini pada Sabtu.
A
A
A

PELABUHAN KLANG - Dua enjin membabitkan sebuah bot Jabatan Laut Malaysia terbakar di Jeti Jabatan Laut Malaysia, Wilayah Tengah, Jalan Limbungan Pelabuhan Klang di sini pada Sabtu.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.07 pagi Sabtu dan seramai sembilan anggota bomba dan jentera dari Pelabuhan Klang bergegas ke lokasi kejadian.

"50 peratus enjin di bahagian belakang bot itu terbakar dan api berjaya dikawal pada jam 6.22 pagi dan padam sepenuhnya jam 7.10 pagi," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Bagaimanapun tambah beliau, tiada sebarang kecederaan membabitkan mangsa manakala punca kejadian serta nilai sebenar kerugian masih dalam siasatan.

Artikel Berkaitan: