Lelaki jatuh parit ketika tangkap ikan ditemui lemas

Mayat seorang lelaki dipercayai terjatuh ketika menangkap ikan ke dalam parit berhampiran sungai di Taman Alor Rela, Langgar ditemui lemas pada Sabtu.
Mayat seorang lelaki dipercayai terjatuh ketika menangkap ikan ke dalam parit berhampiran sungai di Taman Alor Rela, Langgar ditemui lemas pada Sabtu.
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang lelaki yang dipercayai terjatuh ke dalam parit berhampiran sungai di Taman Alor Rela, Langgar ketika menangkap ikan pada Jumaat ditemui lemas pada Sabtu.

Mayat Mohd Nazri Musa, 51, ditemui terapung kira-kira jam 7.07 pagi pada jarak 17 meter dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) kira-kira jam 7.57 pagi untuk tindakan lanjut.

"Pusat Kawalan Bomba (PKB) Alor Rela ditutup dan operasi tamat sepenuhnya jam 8 pagi," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, sebelum itu anggota bomba melakukan operasi pencarian di permukaan sungai serta pemantauan dijalankan di sekitar lokasi selepas menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 6.28 petang.

Bagaimanapun katanya, pihaknya terpaksa menangguhkan operasi pencarian atas faktor keselamatan berikutan keadaan arus sungai yang deras dan hujan lebat pada jam 9 malam dan menyambung operasi pada pagi Sabtu.

Artikel Berkaitan: